Short Learning Series Mahir Jahit- Coaster Fabrik Handmade

23 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 22 April 2026, telah berlangsung program siri pembelajaran pendek Kelas Mahir Jahit secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam, bermula pada jam 11:30 petang sehingga 12:30 tengah hari di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Pembelajaran kali ini, peserta mempelajari cara pembuatan coaster fabrik. Dalam kelas tersebut, peserta diberi penerangan berkaitan teknik asas menjahit coaster fabrik dengan langkah yang mudah difahami, cara potong dan gabungkan kain dengan kemas & teratur, tips hasilkan jahitan yang cantik dan tahan lama serta idea design kreatif untuk jadikan coaster lebih menarik.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali